Pempengaruh diseru ajak pengikut wakaf al-Quran menjelang Ramadan

Pempengaruh diseru ajak pengikut wakaf al-Quran menjelang Ramadan

AHMAD Zahid Hamidi ketika hadir merasmikan Program Wakaf Al-Quran Ke-19 Peringkat Kebangsaan 2026. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pempengaruh media sosial diseru agar menggunakan pengaruh dan capaian luas platform masing-masing untuk mengajak pengikut menyumbang dalam program wakaf al-Quran, khususnya menjelang ketibaan bulan Ramadan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sumbangan sekurang-kurangnya sebuah mushaf atau satu naskhah al-Quran bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah membawa keberkatan dan barakah berterusan kepada para penyumbang.

“Dan saya juga meminta kepada influencers dalam media sosial, gunakanlah pengaruh anda untuk meminta pengikut-pengikut supaya memberikan sumbangan sekurang-kurangnya satu mushaf, satu naskhah al-Quran. Ini akan memberikan keberkatan dan barakah kepada penyumbang berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Wakaf Al-Quran Ke-19 Peringkat Kebangsaan 2026 di Nasyrul Quran hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga penaung Program Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan berkata, dunia hari ini yang semakin terbuka tanpa sempadan dengan sistem komunikasi yang baik membolehkan kerjasama dan kolaborasi strategik dilaksanakan antara pelbagai pihak termasuk Nasyrul Quran, Yayasan Restu, pempengaruh media sosial serta pencipta kandungan di platform TikTok.

Katanya, peluang tersebut wajar dimanfaatkan sebaiknya bagi menggalakkan sumbangan wakaf al-Quran secara tidak langsung, apabila pempengaruh menyeru pengikut masing-masing untuk menyumbang sebagai satu bentuk amal jariah yang berpanjangan, terutamanya menjelang Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN