Pembinaan rumah ibadat perlu dapat kebenaran merancang

Pembinaan rumah ibadat perlu dapat kebenaran merancang

NGA Kor Ming (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan Madani sempena Tahun Baharu Cina kepada pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bercham, Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Rumah ibadat diwajibkan mematuhi undang-undang termasuk mendapatkan kebenaran merancang sebelum menduduki atau membina di mana-mana tapak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kebenaran merancang mesti dimohon dan syarat itu terpakai kepada semua rumah ibadat sama ada masjid, kuil, gereja dan tokong.

“Kita perlu faham isu ini tidak timbul dalam sekelip mata. Sesetengah rumah ibadat telah wujud sejak ratusan tahun dahulu, malah sebelum Kanun Tanah Negara dan Akta Kerajaan Tempatan digubal, struktur-struktur ini telah pun wujud.

“Jadi, undang-undang mana­kah yang boleh mereka patuhi? Sebab itulah saya menegaskan keperluan untuk menangani perkara seperti ini dengan penuh kebijaksanaan dan pendekatan perdamaian,” katanya  ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Madani sempena Tahun Baharu Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bercham, di sini semalam.

Kor Ming berkata, pihaknya sedia membantu kerajaan negeri dalam program pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan dengan memastikannya dilaksanakan secara adil dan mengikut undang-undang.

Menurutnya, proses pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan sedang giat dijalankan.

“Di bawah kementerian, terdapat satu bahagian khusus bagi rumah ibadat bukan Islam manakala di bawah Jabatan Perdana Menteri pula terdapat Jakim.

“Kami akan membantu dan bekerjasama secara kolektif untuk menyelesaikan isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan,” katanya

Menurutnya, apa yang diperlukan ialah proses pemutihan dengan syarat rumah ibadat tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam, menceroboh rizab sungai atau menjejaskan aliran trafik jalan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×