KUALA LUMPUR: Pembinaan masyarakat perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak boleh bergantung kepada program sensasi semata-mata. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan masyarakat perlu mengambil kira kekuatan rohani selain material terutamannya ketika masyarakat berdepan dengan tekanan ekonomi dan cabaran semasa. “Perlu ada pengimbangan antara duniawi dan ukhrawi dalam kehidupan seharian. Ilmu-ilmu yang disampaikan program perlu dihayati kerana ilmu itu tiada batas, seluas air di lautan…










