KUALA LUMPUR: Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) tidak gagal meskipun sasaran 80 peratus tahap sara diri (SSL) belum dicapai. Menafikan kegagalan program itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, kekangan utama pelaksanaannya berpunca daripada penglibatan sektor swasta yang masih tidak mencukupi, mengehadkan peluasan projek ke kawasan tertentu sahaja. “Smart Sawah skala besar bukan gagal, cuma kemungkinan penglibatan daripada sektor swasta tidak mencukupi untuk…








