PARLIMEN: 30 perkhidmatan baharu kerajaan diintegrasi dalam MyGOV

PARLIMEN: 30 perkhidmatan baharu kerajaan diintegrasi dalam MyGOV

GOBIND SINGH DEO - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 30 perkhidmatan baharu kerajaan bakal diintegrasikan ke dalam aplikasi MyGOV Malaysia termasuk MySejahtera, MyJPJ dan MyBorderPass bagi memudahkan akses rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, proses integrasi itu dilaksanakan secara berfasa dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan bersifat umum, berimpak tinggi serta kerap digunakan rakyat termasuk fungsi mengemukakan permohonan dan bayaran.

Katanya, pendekatan tersebut selaras aspirasi memastikan penyampaian kerajaan dilaksanakan secara Digital by Default di bawah agenda transformasi digital negara.

“Sehingga kini, aplikasi MyGov yang bertujuan mengintegrasikan semua perkhidmatan kerajaan ke dalam satu platform hanya merangkumi 44 perkhidmatan daripada 16 agensi kerajaan

“MyGOV Malaysia tidak menggantikan aplikasi kerajaan sedia ada, namun akan terus memantau corak penggunaan serta keperluan rakyat sebelum mempertimbangkan sebarang langkah penyelarasan aplikasi kerajaan pada masa hadapan,” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) sama ada kerajaan bercadang mewujudkan satu aplikasi ‘Government Super Apps’ bagi menyatukan semua urusan kerajaan termasuk garis masa pelaksanaan serta implikasi kos.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, aplikasi tersebut berfungsi sebagai platform digital sehenti yang menghimpunkan maklumat dan kemudahan pelbagai agensi dalam satu aplikasi mudah alih.

“Pendekatan itu membolehkan rakyat mengakses pelbagai kategori seperti pendidikan, kerjaya, keluarga dan pengangkutan tanpa perlu melayari pelbagai laman web berasingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN