KUALA LUMPUR: Lebih 30 perkhidmatan baharu kerajaan bakal diintegrasikan ke dalam aplikasi MyGOV Malaysia termasuk MySejahtera, MyJPJ dan MyBorderPass bagi memudahkan akses rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, proses integrasi itu dilaksanakan secara berfasa dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan bersifat umum, berimpak tinggi serta kerap digunakan rakyat termasuk fungsi mengemukakan permohonan dan bayaran. Katanya, pendekatan tersebut selaras aspirasi memastikan penyampaian kerajaan dilaksanakan secara Digital by Default…










