PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu dan berbahaya di sekitar ibu negara tidak berakhir baik apabila pihak berkuasa berjaya menahan lelaki tersebut baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penahanan itu dibuat susulan penularan video berdurasi 20 saat di media sosial yang menunjukkan sebuah kenderaan dipandu secara ‘zig-zag’, mengekori rapat kenderaan lain dan menukar haluan secara gopoh…










