Op Dandan bongkar klinik kecantikan tidak berlesen dimonopoli warga China

Op Dandan bongkar klinik kecantikan tidak berlesen dimonopoli warga China

JIM membongkar klinik kecantikan tidak berlesen dimonopoli warga China. - GAMBAR JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Op Dandan menyerbu sebuah Klinik Kecantikan yang disyaki tidak mempunyai lesen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 15 warganegara asing ditahan yang kebanyakannya warganegara China termasuk dua orang warga Myanmar kerana disyaki menjalankan rawatan kecantikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

Menurutnya, modus operandi klinik ini adalah menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan kecantikan badan dengan menggunakan khidmat warganegara asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan prosedur kecantikan.

“Siasatan awal mendapati warganegara China yang ditahan ini telah menyalahguna PLS untuk bekerja di negara ini.

“Pasukan operasi telah menyita beberapa pakaian uniform, telefon bimbit, komputer riba, kamera litar tertutup, lesen perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, klinik ini dipercayai dimiliki oleh seorang warganegara China yang turut menyalahgunakan pas dan beroperasi sejak setahun lalu serta telah mengaut untung ratusan ribu ringgit.

Katanya, kesemua warganegara asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Pejabat JIM WPKL untuk tindakan lanjut.

“Seramai tiga orang perempuan warganegara tempatan yang merupakan pekerja di klinik tersebut telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN