SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) menghantar tiga orang pemain mudanya dan seorang jurulatih pembangunan bagi menjalani latihan dan percubaan di Jepun selama sebulan bermula hujung Februari ini. Tiga pemain muda tersebut ialah Airiel Zafran Mohd Azrul, 20; Aqil Faris Shalahudun, 19, dan Adam Haris Hamizon, 21, akan menjalani latihan bersama kelab J-League 3, Gainare Tottori. Ketua jurulatih pasukan bawah- 20 tahun NSFC, Norhafiz Zamani Misbah turut serta dalam program berkenaan.…










