KAFE Lily Coffee di Sungai Petani hadir sebagai antara destinasi terbaharu pecinta kopi yang mengutamakan keselesaan, kualiti minuman serta pilihan makanan yang menyelerakan namun tidak merobek poket. Dalam landskap gaya hidup urban hari ini, kafe tidak lagi berfungsi sekadar sebagai tempat menikmati kopi, sebaliknya berkembang menjadi ruang sosial, tempat bekerja dan lokasi pertemuan santai. Menyedari keperluan itu, kafe tersebut yang dimiliki Lily Empire Venture tampil dengan konsep moden dan mesra…











