SK Janda Baik main kompang sambut Tengku Mahkota Pahang

Murid SK Janda Baik main kompang sambut Tengku Mahkota Pahang

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah (tengah) bersama murid- murid SK Janda Baik Bentong baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ERAMAI 18 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik Bentong mengadakan persembahan kompang bagi meraikan keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merasmikan Restoran Mohd Chan Group Genting Permai, Genting Highlands baru-baru ini.

Restoran itu mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Pengiktirafan ASEAN Record sebagai rantaian restoran milik Cina Muslim pertama dan terbesar sempena pembukaan cawangan ke-28 jenama tempatan itu.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Siti Norfaizah Hashim, 38, berkata penglibatan murid dalam persembahan itu memberi pendedahan awal tentang adat istiadat diraja, nilai jati diri serta keyakinan diri di pentas besar.

Persembahan berkenaan bukan sahaja memeriahkan majlis, malah menzahirkan semangat muhibah dan budaya Melayu yang kaya di hadapan Tengku Mahkota Pahang serta jemputan kenamaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN