BAGAN DATUK: Nelayan dan penternak kerang di pesisir muara Sungai Tiang di sini mengeluh apabila pendapatan hasil kutipan kerang semakin merosot berikutan keadaan perairan yang semakin cetek sejak kebelakangan ini. Situasi itu didakwa berpunca daripada beberapa faktor antaranya musim panas berpanjangan, pencerobohan kawasan ternakan kerang serta fenomena air pasang besar yang menjejaskan habitat hidupan laut berkenaan. Seorang penternak kerang, Mohd. Nahar Sarip, 58, berkata, keadaan muara yang cetek serta aliran…










