Mr. AA kekasih Noor Nabila rupanya bukan Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Mr. AA kekasih Noor Nabila rupanya bukan Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai identiti jejaka yang merangkul pinggang selebriti media sosial, Noor Nabila, akhirnya terjawab apabila wanita itu mengesahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mr. AA.

Menurut Nabila atau Noor Nabila Mohd. Nor, 41, hubungan mereka mula menjadi lebih serius selepas saling mengenali hati budi sejak April tahun lalu.

“Saya ada lelaki yang sedang saya kenali dengan lebih rapat sekarang. Dia merupakan jurulatih peribadi dan juga rakan kongsi dalam perniagaan yang sedang saya usahakan.

“Pada usia sekarang, saya cuma mahukan ketenangan, rasa selamat dari segi emosi dan kematangan cara berfikir. Kami juga terbuka ke arah perkahwinan dan keluarga kedua-dua belah pihak sudah mengetahui serta bersetuju dengan hubungan ini,” katanya.

Walaupun berbeza usia hampir 10 tahun, Nabila mengakui selesa dengan layanan yang diberikan selain memuji keperibadian jejaka berkenaan.

“Dia seorang yang ceria, tenang, penyayang, sangat menghormati saya serta anak. Dia juga mempunyai naluri kebapaan yang semula jadi,” katanya yang kini mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama kekasihnya itu.

Pendedahan tersebut sekali gus mematahkan spekulasi dalam kalangan netizen yang sebelum ini meneka kekasih kakak kepada Neelofa itu adalah penyanyi Aliff Aziz.

Tanggapan itu timbul selepas Nabila memuat naik beberapa perkongsian di Instagram Story sebelum ini dengan menyembunyikan wajah lelaki berkenaan menggunakan pelekat (sticker), sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi membabitkan penyanyi asal Singapura itu.

Susulan itu, ruangan komen media sosial turut dibanjiri reaksi netizen yang mengakui tersilap membuat andaian.

“Oh, bukan Aliff Aziz,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Mula-mula ingat Aliff Aziz, rupanya Mr. AA. Maaf silap,” komen seorang lagi netizen.

“Aduhai, siapalah yang cakap kekasih dia Aliff Aziz hari itu,” tulis seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN