MIC belum bincang kekal atau keluar BN

MIC belum bincang kekal atau keluar BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIC masih belum memutuskan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bagi membincangkan hala tujunya sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa MIC Pusat, Datuk R. T. Rajasekaran berkata, perkara itu masih belum ditetapkan buat masa ini.

“Belum (tarikh mesyuarat CWC) ditetapkan lagi. Tak pasti bila akan diadakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bahawa MIC akan menentukan hala tuju partinya sama ada kekal sebagai komponen BN atau menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Mesyuarat CWC yang dijadualkan berlangsung selepas Thaipusam.

Rajasekaran ketika itu memaklumkan bahawa MIC masih belum membuat ketetapan berhubung kedudukannya sebagai parti komponen dalam BN.

Namun beliau berkata, mesyuarat yang bakal diadakan itu akan membincangkan masa depan MIC berdasarkan  keputusan secara sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-79, tahun lalu.

Terbaharu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju menerima kemasukan MIC ke dalam PN.

“Proses seterusnya bergantung kepada kepemimpinan dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran untuk membuat perisytiharan berhubung kemasukan par­ti tersebut ke dalam PN,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN