TANAH MERAH: Seorang mekanik putus kaki kanan selepas disyaki terkena serpihan letupan ketika sedang membaiki
pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam di sini di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.40 petang itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tanah Merah di sini, selepas mengalami kecederaan parah.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Mat Nuri Muhamad berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, dua buah kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Wira yang berada di dalam bengkel itu turut terkena serpihan letupan berkenaan.
Katanya, terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan daripada polis berhubung letupan tersebut kira-kira pukul 11.15 pagi.
“Siasatan di kawasan bengkel itu mendapati, ada ada kesan pada tanah di lokasi kejadian seperti letupan. Kejadian itu disyaki berlaku akibat letupan bom buatan sendiri.
“Pemeriksaan di kawasan bengkel itu memberi petunjuk bahawa letupan berlaku akibat daripada kemungkinan mangsa terpijak penyambungan wayar pada bom buatannya sendiri,” katanya
Mat Nuri berkata, siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar letupan tersebut diserahkan kepada polis. – UTUSAN










