Anak Lil Jon meninggal dunia, mayat ditemukan dalam kolam - Utusan Malaysia

Anak Lil Jon meninggal dunia, mayat ditemukan dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Anak lelaki penyanyi rap terkenal Lil Jon iaitu Nathan Smith yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu waktu tempatan disahkan meninggal dunia.

Perkara itu disahkan Lil Jon atau Jonathan Smith dalam kenyataan yang dikongsikan kepada portal Page Six.

“Saya dan isteri amat berduka. Nathan insan yang sangat baik. Mendiang seorang penyayang, prihatin, berbudi bahasa dan berhati mulia.

“Dia amat menyayangi keluarga dan rakan-rakannya. Nathan seorang penerbit muzik, artis dan jurutera serta graduan Universiti New York berbakat besar,” katanya.

Pejabat Polis Milton menemukan mayat seorang lelaki di sebuah kolam yang terletak berdekatan Mayfield Park dekat sini pagi semalam.

Polis percaya mayat tersebut adalah Nathan namun tiada pengesahan dibuat setakat ini.

“Berdasarkan siasatan setakat ini polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Pihak berkuasa bagaimanapun akan meneruskan siasatan,” menurut wakil pejabat polis Milton.

Nathan terakhir dilihat meninggalkan kediamannya sekitar Baldwin Drive pada pagi Selasa tanpa membawa telefon bimbit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN