Maut minum metadon: Mangsa buat surat terima kasih kepada rakan

Maut minum metadon: Mangsa buat surat terima kasih kepada rakan

Mangsa membuat surat terima kasih kerana sudi menjadi kawannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: “Dia (mangsa) buat surat terima kasih kerana sudi menjadi kawannya, ia (surat) dibuat ketika bermain bersama kawannya,”.

Demikian kongsi bapa saudara kepada kanak-kanak berusia 11 tahun yang maut dipercayai diberi minum metadon oleh ibunya dalam kejadian di Sungai Ramal Baru, Kajang semalam.

Dakwa individu dengan nama pengguna hiddenbabyyeah di akaun TokTok itu, arwah yang berusia 11 tahun seakan tahu akan meninggal dunia terlebih dahulu sehari sebelum kejadian.

“Dia membuat surat terima kasih kerana sudi menjadi kawannya, surat itu dibuat ketika bermain bersama kawannya. Perkara ini disampaikan dari kawan-kawannya kepada saya, arwah juga sering membelanja rakannya,” katanya di ruangan komen TikTok hari ini.  

Individu itu mendakwa,  kejadian sebenar berpunca daripada kekeliruan botol ubat yang hampir sama, ketika ibu mangsa dalam keadaan sangat keletihan.

Dakwanya, kakaknya (ibu mangsa) baru sahaja selesai menjalani rawatan fisioterapi di hospital dan tidak menyedari botol yang diambil adalah ubat lain kerana bentuk dan labelnya yang seakan-akan sama.

“Ibu dia (mangsa) tidak sangka itu sebenarnya ubat lain sebab ubat yang diberi sama bentuk dan label pun putih, jadi kakak saya anggap sama.

“Saya harap henti spekulasi yang terpesong, ini adalah tersilap (beri), bukan istilah diberi (secara sengaja),” katanya menerusi ruangan komen di Tik Tok.

Dakwanya lagi, ketika kejadian, tiga daripada empat beradik memakan ubat berkenaan, manakala abang sulung terselamat kerana tidak mengambilnya.

Mengenai perkembangan terkini, dua lagi adik mangsa yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan kritikal namun stabil dan sudah sedar.

“Mereka akan menjalani rawatan lanjut untuk membuang semua sisa-sisa ubat itu,” katanya.

Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut  manakala dua lagi adiknya kini sedang menerima rawatan di ICU selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya di rumah mereka di Sungai Ramal Baru, dekat sini. 

Susulan itu, polis menahan ibu kepada tiga kanak-kanak terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN