ALOR SETAR: Warga asing didapati menyalahguna pas sosial dengan menyamar sebagai pelancong bagi menjalankan perniagaan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu dikenal pasti menjejaskan peniaga tempatan. Katanya, modus operandi yang digunakan oleh golongan tersebut adalah dengan datang ke negara ini untuk mengambil tempahan dan kembali ke negara mereka bagi menyiapkan produk yang ditempah. “Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Imigresen telah menjalankan operasi…









