KUALA PILAH: Suatu ketika dahulu, masjid lama Kampung Pelangai di sini menjadi pusat ibadah utama penduduk sekitar, namun kini bangunan berusia hampir seabad itu terbiar usang dan hampir roboh dimamah usia. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati bumbung zink masjid yang dibina sekitar 1930-an telah berlubang dan sebahagiannya tercabut, manakala mimbar runtuh serta lantai kayu semakin reput sehingga menjejaskan keseluruhan struktur bangunan. Penduduk kampung, Abdul Majid Ismail, 88, berkata,rumah ibadat tersebut tidak…










