PETALING JAYA: Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih lembap pada minggu pertama Ramadan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), luruan angin tersebut dijangka membawa ribut petir serta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Sabah dan Sarawak pada 19 hingga 23 Februari. Katanya, keadaan itu turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. “Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran…









