Lelaki bawa dadah RM4.9 juta rempuh kereta polis

Lelaki bawa dadah RM4.9 juta rempuh kereta polis

MUHAMMAD Abdul Halim (tiga dari kiri) bersama rampasan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4.9 juta dalam sidang akhbar di IPK Perlis, Kangar, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dipandu secara agresif oleh seorang lelaki yang merempuh kenderaan pihak berkuasa berhampiran pondok kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Jalan Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta dipandu suspek berusia 20-an itu ekoran tindakannya merempuh kenderaan polis.

Perbuatan itu dipercayai untuk meloloskan diri daripada polis ekoran suspek membawa dadah disyaki syabu seberat 98.73 kilogram (kg).

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, hasil pemeriksaan ke atas ken­deraan suspek menemukan empat guni putih mengandungi dadah disyaki syabu dianggarkan bernilai RM4.9 juta.

Katanya, berikutan tindakan merempuh kenderaan pasukan serbuan, suspek berkenaan turut mengalami kecederaan pada bahagian muka, tangan dan kaki.

“Siasatan awal juga mendapati modus operandi suspek adalah dengan menggunakan laluan tikus di sempadan Padang Besar-Thailand sebagai laluan penyeludupan dadah sebelum dihantar ke selatan tanah air,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, semalam.

Muhammad berkata, berdasarkan siasatan, jumlah rampasan berkenaan mampu menampung kegunaan kira-kira 493,650 penagih.

Beliau berkata, suspek dipercayai menerima upah mencecah puluhan ribu ringgit bagi menghantar bekalan dadah tersebut bergantung kepada berat dan nilai semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN