Laporan penuh jawatankuasa khas siasat Azam Baki diserah minggu depan

Laporan penuh jawatankuasa khas siasat Azam Baki diserah minggu depan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan penuh oleh Jawatankuasa Khas Siasatan berkait isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki akan diserahkan kepada kerajaan minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diumumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan siasatan berkaitan perkara itu hampir selesai.

“Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa jawatankuasa siasatan yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Moktar hampir selesai proses siasatan dan akan menyerahkan laporan penuh pada minggu hadapan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan dengan mendalam isu-isu dawaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu serta dakwaan penyalahgunaan institusi SPRM bagi tujuan manfaat koporat,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Berhubung isu dakwaan salah guna institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat, Fahmi berkata, laporan polis telah dibuat dan siasatan segera sedang dilakukan bagi mengenal pasti mana-mana pihak yang telah melanggar undang-undang untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju bahawa isu-isu terkait SPRM ini perlu dipandang serius oleh kerajaan termasuk mengenai cadangan penubuhan siasatan Suruhanjaya di Raja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berkenaan.

“Jemaah Menteri akan meneliti terlebih dahulu laporan jawatan kuasa siasatan itu sebelum mempertimbang
tindakan-tindakan susulan termasuk keperluan pelaksanaan siasatan RCI,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan kerajaan sudah mengadakan perbincangan mengenai penubuhan RCI berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, akan mencadangkan kepada mesyuarat Kabinet, hari ini, supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN