Lapan pelajar kolej belasah rakan direman

Lapan pelajar kolej belasah rakan direman

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lapan penuntut kolej vokasional (KV) di negeri ini yang disyaki terlibat dalam kes mem­belasah rakan sekolej ming­gu lalu telah direman dan dikenakan tindakan penggantungan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua tindakan disiplin dan siasatan kini berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Benar ada berlaku kes berkenaan yang didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan mangsa. Semua tindakan ketika ini adalah di bawah KPM kerana ia melibatkan kolej.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hanya membimbing dari segi prosedur tindakan sahaja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, seorang pe­lajar kolej terbabit dipercayai menjadi mangsa se­rangan sekumpulan pe­lajar.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa dan kementerian.

Rahmad berkata, tem­poh penggantungan maksimum kesemua yang terlibat adalah selama dua minggu.

“Tiada tindakan buang sekolah setakat ini, namun terdapat pelajar yang memohon pertukaran institusi dan perkara itu tertakluk kepada kelulusan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) KPM,” katanya. –  UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN