SUNGAI BULOH: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 dengan jumlah agihan adalah sebanyak RM79.6 bilion
Kadar itu lebih rendah berbanding dividen 6.3 peratus pada 2024 untuk kedua-dua simpanan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional melibatkan RM67.1 bilion dan RM12.5 billion untuk Simpanan Syariah.
“Keseluruhan jumlah agihan untuk 2025 adalah RM79.6 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini, hari ini.
Bagi 2024, KWSP memberikan dividen 6.3 peratus peratus untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah melibatkan jumlah keseluruhan agihan RM73.24 bilion. – UTUSAN










