KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak mempunyai kuasa untuk mengecualikan bayaran sewa tanah terbiar kerana urusan berkaitan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta agensi pemilik tanah. Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, pihak kementerian menyambut baik cadangan supaya tanah terbiar yang tidak diusahakan diberikan kebenaran penggunaan kepada pihak yang berminat dalam bidang pertanian. Bagaimanapun, katanya, pada masa ini kementerian belum mempunyai sebarang perancangan…










