MELAKA: Bilangan kes penyakit kanser di Melaka menunjukkan trend peningkatan saban tahun. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, sebanyak 4,325 kes baharu kanser telah direkodkan bagi tempoh 2022 hingga 2024. Menurutnya, trend itu menunjukkan peningkatan setiap tahun daripada 1,376 kes pada 2022 meningkat kepada 1,520 kes pada tahun 2024. “Tiga kes kanser yang mencatatkan peratusan tertinggi di Melaka bagi tempoh tersebut ialah kanser…









