Kastam Johor sita 42 kereta mewah bernilai lebih RM22 juta

Kastam Johor sita 42 kereta mewah bernilai lebih RM22 juta

Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi (kanan) menunjukan sebahagian 42 kereta mewah yang disita dalam Operasi Khas OPS TERMA dalam sidang media di Menara Kastam Johor Bahru di sini, hari ini. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kastam Johor menyita sebanyak 42 kenderaan mewah import dari Jepun dan Eropah bernilai lebih RM22 juta, termasuk cukai, dalam Ops Terma yang dijalankan antara 5 Januari hingga 6 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, pihaknya turut menahan empat pemilik syarikat berusia antara 40-an hingga 50-an.

Katanya, antara kereta ditahan termasuk Mercedes CLA 200, BMW 523i, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Honda N-Box, Suzuki Jimny dan Toyota GR86.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 341 pemeriksaan merangkumi premis gudang berlesen serta rondaan darat dibuat, di mana 21 kertas siasatan dibuka melibatkan tangkapan empat lelaki tempatan dan penyitaan 42 kenderaan.

“Nilai sitaan kenderaan adalah RM7,663,970, manakala cukai import yang gagal dibayar berjumlah RM14,368,334 menjadikan jumlah terkumpul iaitu RM22,032,304,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Kastam Johor di sini, hari ini.

Tambah Aminul Izmeer, kesemua kenderaan itu disita kerana pemiliknya telah melanggar syarat import termasuk gagal membayar cukai dalam tempoh 48 bulan serta membawa kenderaan tersebut keluar ke jalan raya dari gudang simpanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 65; Seksyen 75 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×