Kalau kerap sangat tunjuk, mana mahalnya? - Zehra Zambri - Utusan Malaysia

Kalau kerap sangat tunjuk, mana mahalnya? – Zehra Zambri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Zehra Zambri, 38, mengakui dia bukan penyanyi yang gemar mengikut trend dengan menghasilkan video tarian atau melakukan siaran langsung dalam TikTok.

Kata Zehra yang juga anak jati Kuala Lumpur, perkara itu disebabkan oleh sikapnya yang sejak dulu, pemalu.

“Anda tidak akan jumpa video saya menari saja-saja melainkan komitmen kerja di pentas.

“Sebab itulah orang tidak nampak kehadiran saya. Nama sahaja penyanyi, tapi pemalu.

“Tidak ikut trend, hendak buat siaran langsung menerusi TikTok pun segan. Tidak pelik kan, inilah diri saya,” kongsinya.

Peserta Gegar Vaganza musim ke-11 itu dalam masa yang sama berpandangan bakat seni yang dianugerahkan Tuhan seharusnya disalurkan menerusi platform yang betul agar nilainya terpelihara.

“Kita orang seni, rentak itu memang sudah ada dalam diri cuma disalur, dizahir ikut kesesuaian.

“Kalau kerap sangat tunjuk, mana mahalnya?” sambungnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN