JIM pantau aktiviti dalam 'tonto', perketat strategi operasi

JIM pantau aktiviti dalam ‘tonto’, perketat strategi operasi

ZAKARIA Shaaban ketika ditemui pada Program Semarak Ramadan Jabatan Imigresen di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa memantau aktiviti ‘tonto’ atau orang tengah dalam agensi itu termasuk memperketatkan strategi dalam setiap operasi yang diatur.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya mengakui aktiviti itu bukan benda baharu malah, ia sentiasa berlegar dalam mana-mana agensi penguatkuasaan di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak melaporkan aktiviti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada kalangan anggotanya terbabit dan bersekongkol dalam kegiatan berkenaan.

“Apabila kita melaksanakan sebarang operasi, kita akan menyusun strategi bagi mengelak daripada ia dikesan oleh tonto ini,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Ramadan Jabatan Imigresen, di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga mengakui sukar untuk mengesan aktiviti itu dalam agensi kerana mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengaburi mata pihak atasan.

Pihaknya juga menafikan kegiatan tonto itu menjadi satu-satunya punca masalah lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Ada banyak faktor lain yang menyumbang kepada keadaan berkenaan. Kadang-kadang mereka dapat mengetahui pergerakan kita lebih awal menyebabkan operasi kita gagal.

“Apabila kita sampai, mungkin mereka (PATI) sudah dapat menghidup pergerakan kita terlebih awal dan semuanya sudah menghilangkan diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN