KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) akan memanggil seorang lelaki memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang di sebuah gerai di hadapan Penjara Pengkalan Chepa, di sini. Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd. Asri Mat Daud. “Perkara ini sudah dalam tindakan bahagian penguatkuasaan Jaheik. Jabatan itu akan memanggil pelaku dalam masa terdekat,” katanya. Mohd. Asri turut mengingatkan peniaga…










