KUALA LUMPUR: Pelakon, Izara Aishah disahkan hamil anak ketiga.
Khabar gembira itu dikongsikan menerusi hantaran Instagram sebuah jenama pakaian terkenal, semalam.
“Izara sedang hamil anak ketiga, tahniah.
“Kolaborasi tahun ini sangat istimewa kerana kita dapat jurucakap yang hamil.
“Ini membuktikan semua ibu jangan risau, walaupun hamil tetap boleh muat dan cantik pagi raya ini ok,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai yang mendoakan agar urusan kehamilan Izara dipermudahkan.
“Nak masuk anak ketiga? Ingatkan nak masuk dua. Dia sangat jelita,” komen netizen.
Pelakon filem Pilot Cafe itu sah bergelar isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Adib Khalid pada November 2017.
Pasangan berkenaan dua cahaya mata iaitu Irisa Alaia dan Amara Amin. – UTUSAN










