Institut Integriti Malaysia salur bantuan persekolahan RM10,000

Institut Integriti salur bantuan persekolahan RM10,000

ANTARA murid yang menerima bantuan persekolahan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) menerusi Program Back To School bagi membantu golongan B40.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam usaha untuk meringankan beban keluarga B40 dan memastikan kesiapsiagaan murid sekolah menjalani sesi persekolahan pada tahun 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini meneruskan siri kedua Program Back-to-School IIM dengan penyaluran pek bantuan persekolahan kepada seramai 50 orang murid sekolah B40 di Kuala Lipis, Pahang.

Setiap murid menerima pek bantuan persekolahan lengkap yang merangkumi keperluan asas persekolahan iaitu beg sekolah, pakaian sekolah, kasut sekolah dan alat tulis melalui satu sesi penyerahan yang diadakan Sekolah Kebangsaan Jeransang, Kuala Lipis, Pahang.

Bantuan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Sektor Korporat IIM (menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IIM) Dr. Mona Othman.

“Program Bantuan Persekolahan Back-to-School IIM ini merupakan inisiatif kebajikan dan pembangunan sosial oleh IIM untuk membantu murid-murid agar dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2026 dengan lebih bersedia, selesa dan bersemangat,” ujanya.

Siri Program Back-to-School IIM yang pertama diadakan 19 Januari lalu menyaksikan membabitkan seramai 50 orang murid orang Asli menerima pek bantuan persekolahan yang sama, hasil kerjasama strategik IIM bersama pihak Mydin dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang turut membantu menjayakan program.

Siri pertama itu telah disempurnakan ole Ahli Lembaga Pengarah IIM, Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali yang diadakan di Auditorium Muzium Orang Asli Gombak, Selangor.

Rozaidi menjelaskan bahawa siri pertama Program Back-to-School IIM mencerminkan komitmen IIM untuk mendekati komuniti orang Asli secara dekat, selaras dengan pendekatan inklusif dalam agenda pembangunan sosial dan pendidikan Malaysia.

Melalui Siri Program Back-to-School IIM, sumbangan melebihi RM10,000 berjaya disalurkan secara keseluruhan bagi memastikan tiada murid B40 yang tercicir daripada persekolahan dan peluang pendidikan setiap murid terpelihara.

Program Back-to-School IIM merupakan program libat urus komuniti melalui Siri Program Back-to-School IIM, sumbangan melebihi RM10,000 telah berjaya disalurkan secara keseluruhan bagi memastikan tiada murid B40 yang tercicir daripada persekolahan dan peluang pendidikan setiap murid terpelihara,  berfokuskan sokongan pembangunan pendidikan di peringkat kanak-kanak dan keluarga yang dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif awal tahun 2026 dalam mempergiatkan usaha untuk menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

Melalui Siri Program Back-to-School IIM, sumbangan melebihi RM10,000 telah berjaya disalurkan secara keseluruhan bagi memastikan tiada murid B40 yang tercicir daripada persekolahan dan peluang pendidikan setiap murid terpelihara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN