Ibu tunggal mati dikelar: Polis tahan dua lelaki bantu siasatan

Ibu tunggal mati dikelar: Polis tahan dua lelaki bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Polis telah menahan dua lelaki dipercayai kenalan kepada seorang wanita yang mati dibunuh di rumahnya di Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini, petang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika mengesahkan perkara itu berkata, penahanan mereka dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mereka (suspek) akan direman pagi ini (tadi) dan buat masa ini, kita masih mengumpul maklumat dan siasatan lanjut juga masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, mangsa yang juga seorang ibu tunggal berusia 41 tahun dijumpai mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar pada bahagian leher.

Difahamkan, laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh jiran mangsa yang kebetulan melalui kawasan rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Azizee memberitahu, polis masih menunggu keputusan bedah siasat wanita tersebut yang dijalankan di Hospital Kepala Batas (HKB), di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, selain mangsa, rumah tersebut turut didiami oleh seorang anak lelakinya yang berusia 15 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN