PETALING JAYA: Harga purata minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat sederhana pada Februari kepada sekitar RM4,227 satu tan, naik 5.2 peratus bulan ke bulan, disokong oleh pengeluaran yang lebih rendah secara bermusim ketika tempoh pendebungaan. MBSB Research berkata, meskipun terdapat sokongan daripada faktor bermusim, sentimen harga dijangka kekal mendatar berikutan lebihan stok yang masih berterusan di pasaran. Menurutnya, harga purata MSM pada Januari 2026 berada pada paras RM4,019 setan, susut…










