Hana Adnan bergelar isteri bekas pemain bola sepak - Utusan Malaysia

Hana Adnan bergelar isteri bekas pemain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hana Adnan, 48, sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Rudie Ramli.

Perkahwinan Hana disahkan menerusi perkongsian dalam Instagram pelakon, Azah Aziz.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan dan suami diraikan dalam majlis sederhana dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

“Ya, saya sudah berkahwin,” katanya menerusi video yang dikongsikan dalam Instastory Azah.

Azah dalam hataran sama berseloroh dengan Hana mengenai perkahwinannya.

“Tahniah! sudah boleh masukkan (media sosial)?,” katanya.

Hana menyertai Elite pada 2001 namun mengundurkan diri empat tahun kemudian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN