PETALING JAYA: Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) difahamkan menetapkan Khamis ini untuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin hadir memberi keterangan berhubung empat aduan disiplin ke atasnya. Maklumat itu berdasarkan surat bertarikh 6 Februari 2026 yang tular hari ini dipercayai daripada Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd. Radzi Manan kepada Ahli Parlimen Larut itu. Utusan Malaysia sudah menghubungi Mohd. Radzi untuk mengesahkan surat berkenaan, namun belum menerima sebarang…










