PETALING JAYA: Penyanyi, Hafiz Suip, 35, kini sah bergelar suami kepada suri hati pilihan, Fiona Saffiya.
Pernikahan pasangan itu dikongsikan menerusi sesi siaran langsung Facebook penyanyi itu, petang tadi.
Kedua mempelai disatukan dalam majlis yang diadakan di Petrajaya, Kuching Sarawak.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip menyerahkan mas kahwin berjumlah RM120.
Penyanyi lagu Awan Nano ini sebelum ini pernah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.
Perkahwinan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama 10 tahun apabila keduanya bercerai Mei tahun lepas. – UTUSAN










