Gas pendingin hawa kenderaan bocor punca letupan di Tanah Merah

Gas pendingin hawa kenderaan bocor punca letupan di Tanah Merah

SEORANG mekanik dibawa ke hospital selepas berlaku letupan berpunca daripada kebocoran gas pendingin hawa ketika mangsa sedang membaiki sebuah kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Letupan sebuah bengkel di Kampung Air Merbo di sini semalam, yang menyebabkan seorang mekanik putus kaki kanan berpunca daripada kebocoran gas pendingin hawa ketika mangsa sedang membaiki sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa, Mohd. Sharul Nizam Rahim,31, sedang bekerja seorang diri di bengkel.

Katanya, soal siasat awal yang dilakukan ke atas  ahli keluarga mangsa mendapati kejadian disyaki berpunca daripada kebocoran gas pendingin hawa.

“Semasa kejadian mangsa sedang  membaiki sebuah kenderaan. Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di bengkel tersebut dan tiada saksi yang berada di lokasi.

“Susulan itu, pasukan Forensik dan  Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiake lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut seterusnya mengenal pasti punca sebenar letupan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, susulan kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tanah Merah dan keadaannya dilaporkan belum stabil. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN