Fenomena gerhana bulan penuh Selasa ini, malam 14 Ramadan

Fenomena gerhana bulan penuh Selasa ini, malam 14 Ramadan

Fenomena gerhana bulan penuh Selasa ini, malam 14 Ramadan. - MYSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada Selasa depan bersamaan dengan malam 14 Ramadan 1447H dengan kemuncak gerhana boleh disaksikan pada 7.33 petang.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena ini merupakan satu-satunya berlaku pada tahun ini, dan seterusnya hanya akan berlaku pada 31 Disember 2028.

Katanya, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan.

“Gerhana bulan fasa separa (U1) bermula pada 5.50 petang dan seterusnya memasuki Fasa Penuh (U2) pada 7.04 petang dengan kemuncak gerhana (GE) pada 7:33 PM.

“Fasa Penuh akan tamat pada 8.02 malam dan memasuki Fasa Separa (U3) kembali sehingga 9.17 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MYSA berkata, bagi kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, bulan akan terbit dalam fasa penuh dan berkemungkin sukar dilihat dengan keadaan langit senja yang masih agak terang.

Bagi Kuala Lumpur pula, ketinggian bulan akan berada pada 2 darjah dari ufuk di Timur pada ketika kemuncak gerhana.

“Sabah dan Sarawak mempunyai peluang lebih tinggi untuk mencerap fenomena gerhana ini kerana bulan terbit lebih awal maka ia berada pada sudut lebih tinggi.

“Fenomena gerhana penuh kali ini boleh disaksikan juga di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Di Asia Tengah dan sebahagian besar Amerika Selatan, hanya terjadi Gerhana Bulan Separa,” katanya.

MYSA berkata, fenomena ini menyebabkan bulan kelihatan kemerahan dengan tempoh keseluruhan gerhana mengambil masa kira-kira 5 jam 39 minit, manakala fasa penuh berlangsung hampir 58 minit.

Gerhana Bulan boleh dilihat dengan mata kasar (bergantung kepada keadaan cuaca). Walau bagaimanapun, penggunaan binokular atau teleskop akan membantu untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas. – UTUSAN

.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN