'Fahmi akan bertugas seperti biasa sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah'

‘Fahmi akan bertugas seperti biasa sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Exco Pulau Pinang, Fahmi Zainol yang didakwa terlibat dengan isu keganasan rumah tangga akan menjalankan tugasnya seperti biasa mengikut portfolio yang dipegangnya dalam kerajaan negeri ketika ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini juga, tiada sebarang tekanan mendesak untuk Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri itu meletakkan jawatan.

Kon Yeow berkata, perkara tersebut bagaimanapun boleh dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri yang dijadual berlangsung minggu depan.

“Kita baru sahaja menerima laporan dan memandangkan beliau (Fahmi) sudah berada di mahkamah (dituduh), maka, kita tidak boleh bertindak mendahului mahkamah. Beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Fahmi sebelum itu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas tuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya, Ahad lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 28 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN