Eyka Farhana, Akhyar Rashid bakal timang cahaya mata - Utusan Malaysia

Eyka Farhana, Akhyar Rashid bakal timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Eyka Farhana dan pemain bola sepak, Akhyar Rashid mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh pasangan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

“Dari dua hati menjadi tiga. MasyaAllah Tabarakallah, rahmat terbesar kami bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Eyka bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai usia kandungannya yang terkini.

Dalam masa sama, Ekya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs) turut meluahkan rasa terharu apabila impiannya untuk bergelar seorang ibu menjadi kenyataan.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang ibu. Saya sering berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga betapa saya berharap Allah mengurniakan saya seorang cahaya mata.

“Kami berdoa sambil berpegangan tangan, yakin bahawa Allah Maha Mengetahui waktu yang terbaik,” jelasnya.

Syukur dengan rezeki yang diberikan, Eyka menyifatkan kehadiran cahaya mata sulungnya itu sebagai pelengkap rasa cinta dan kasih sayangnya bersama suami tercinta.

“Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan doa kami. Setiap tendangan mengingatkan saya akan rahmat-Nya.

“Hati saya tidak pernah rasa selengkap ini dengan rasa cinta, kesyukuran dan nikmat yang tidak terhingga. Syukur, Alhamdulillah,” ujarnya.

Untuk info, Eyka dan Akhyar telah mendirikan rumah tangga pada 2 Mei tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN