Ejen hartanah rugi RM25,000 barang kemas dicuri

Ejen hartanah rugi RM25,000 barang kemas dicuri

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang ejen hartanah kerugian kira-kira RM25,000 apabila barangan kemas miliknya didapati hilang selepas rumahnya dimasuki pencuri di Taman Harmoni, Bedong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa berumur 25 tahun dipercayai menyembunyikan kunci rumah di dalam rak kasut di luar rumah sebelum keluar bekerja bersama kakaknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa kembali semula ke rumahnya tidak lama kemudian untuk mengambil kad pengenalan yang tertinggal dan terkejut apabila mendapati pintu rumah terbuka.

“Mangsa kemudian mendapati kunci rumah tiada di tempat biasa dan hasil pemeriksaan lanjut semua barangan kemas miliknya iaitu antaranya seutas rantai emas, empat gelang emas, dan tiga cincin emas.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki rumah itu menggunakan kunci rumah yang ditinggalkan pemiliknya kerana tiada kesan pecah masuk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Hanyan, pihaknya masih memburu suspek dan siasatan diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN