KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Eizlan Yusof menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zareen Rosa.
Berita gembira itu dikongsi pelakon berusia 54 tahun itu menerusi Instagramnya petang tadi.
“Asalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T atas segala limpah kurnianya,” tulisnya.
Eizlan dalam hantaran sama berkongsi foto cahaya matanya itu, selain gambar bersama isteri, Natasha Rosa dan doktor terlibat.
Eizlan dan Natsha mendirikan rumah tangga 12 Disember 2019.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Zaelynn Rosa, 5.
Pelakon tersebut sebelum ini pernah bergelar suami kepada Vie Shantie Haroon namun bercerai pada September 2014.
Mereka dianugerahkan tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. – UTUSAN










