PETALING JAYA: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Saraan 2025 dan Tahun Taksiran 2025 menerusi perkhidmatan e-Filing mulai 1 Mac. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), mulai tarikh tersebut, nombor kad pengenalan akan ditetapkan sebagai nombor pengenalan rasmi bagi pemegang MyKad, MyPR dan MyKAS untuk semua urusan percukaian termasuk akses ke portal MyTax. “Anggota tentera atau polis yang sebelum ini menggunakan nombor…










