Dua beradik dikejar lelaki bersenjata pisau di parkir pasar raya

Dua beradik dikejar lelaki bersenjata pisau di parkir pasar raya

CHRISTOPHER PATIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelajar universiti dan adik perempuannya dikejar lelaki bersenjatakan pisau di kawasan parkir sebuah pasar raya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 21 tahun didatangi suspek ketika menunggu ahli keluarga masuk ke dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, suspek dipercayai menjerit dan memarahi mangsa tanpa sebab, sebelum bertindak mengejar mereka sambil memegang sebilah pisau.

“Kedua-dua beradik itu melarikan diri masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan bagi menyelamatkan diri. Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek berjaya diberkas tidak lama selepas laporan diterima dan polis turut merampas sebilah pisau serta pakaian dipercayai dipakai ketika kejadian. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun tampil membuat laporan kerana berasa terancam dan bimbang keselamatan diri serta keluarga,” katanya hari ini.

Christopher berkata, suspek gagal mengekori mereka sehingga ke dalam pusat beli-belah kerana terjatuh ketika mengejar mangsa.

“Mangsa terlalu cemas semasa kejadian berlaku sehingga tidak dapat mengecam wajah suspek mahupun memperincikan senjata digunakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan parkir dan pintu masuk pusat beli-belah sedang dianalisis bagi melengkapkan siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN