Dua anggota AADK ditahan minta rasuah

Dua anggota AADK ditahan minta rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua anggota Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan menyelesaikan kes narkotik.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita berusia antara lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan antara pukul 2 hingga 5 petang, kelmarin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai kira-kira RM2,000 daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes positif dadah saringan ujian air kencing,” katanya.

Sementara itu, perintah reman selama empat hari sehingga 13 Februari ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali.

Prosiding reman dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam selepas salah seorang suspek disyaki mengalami masalah kesihatan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN