Mohon doa untuk Along Ezyendy - isteri - Utusan Malaysia

Mohon doa untuk Along Ezyendy – isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Organ dalaman Along sudah tidak kuat.”

Demikian perkongsian isteri Along Ezyendy, Hamidah Mohd Yatim mengenai perkembangan terkini pelakon itu yang ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ahmad Shah, Serdang sejak 5 Februari lalu.

Perkembangan Along itu yang disahkan kepada pelakon, Pablo Amirul dan turut dikongsikan pelakon, Zalif Sidek di Instagramnya.

“Tadi doktor sudah jumpa Amy dan adik Along. Sekarang doktor sudah tidak membenarkan prosedur kecemasan (emergency respond) kalau apa-apa terjadi kepada Along sebab organ dalamannya sudah tidak kuat.

“Sekarang ini doktor minta kita semua banyakkan doa untuk Along dan reda dengan apa sahaja yang terjadi kepada dia.

“Pasukan perubatan sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Along sejak 30 Januari lepas, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan yang disyakki doktor berpunca daripada jangkitan yang berlaku pada stent dalam saluran hempedunya.

Pelakon filem One Two Jaga dan Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys  itu dipindahkan dan ditidurkan di ICU pada Khamis lepas disebabkan keadaanya yang merosot.

Along sebelum ini menderita penyakit buah pinggang dan pernah menjalani pemindahan buah pinggang yang didermakan isterinya pada 2021.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN