Dia sudah lalui macam-macam, doakan yang terbaik buat Nabila - Neelofa - Utusan Malaysia

Dia sudah lalui macam-macam, doakan yang terbaik buat Nabila – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan, Neelofa berharap kakaknya, Noor Nabila dikurniakan jodoh terbaik walaupun tidak menyedari bahawa kakaknya itu telah berkongsi mengenai hubungan baharu kepada umum.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 37, berkata, dia sentiasa mendoakan agar kakaknya memperoleh perkahwinan yang diberkati dan berkekalan.

“Kita hendakkan perkahwinan dan rumah tangga yang baik, diberkati serta kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan hidup Noor Nabila yang pernah melalui tiga kali perceraian, Neelofa yakin segala pengalaman lalu itu akan mematangkan kakaknya dalam menjalani fasa perkenalan bersama pasangan baharu.

“Kita sama-sama doakan yang terbaik kerana dia telah melalui macam-macam ujian. Semoga segala pengajaran daripada kegagalan sebelum ini dapat digunakan dalam perkenalan kali ini.

“Semoga doa semua membawa kebaikan,” ujarnya.

Terdahulu, Noor Nabila mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mr. AA.

Menurut Nabila, hubungan mereka mula menjadi lebih serius selepas saling mengenali hati budi sejak April tahun lalu.

Walaupun perbezaan usia hampir 10 tahun, Nabila mengakui selesa dengan layanan yang diberikan lelaki berjambang itu serta memuji keperibadiannya yang penyayang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN