PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tegas menafikan kewujudan mana-mana mafia korporat yang kononnya dikaitkan dengan Suruhanjaya ini seperti yang dilaporkan dalam satu penerbitan antarabangsa baru-baru ini. SPRM berkata, dakwaan tersebut dipercayai berpunca daripada sebuah blog dalam talian yang tidak mempunyai nama pemilik, penulis atau akauntabiliti yang jelas. “SPRM menolak sepenuhnya dakwaan-dakwaan tanpa asas yang dibangkitkan. “Suruhanjaya memandang serius penyebaran tuduhan palsu sedemikian, khususnya apabila ia boleh menjejaskan…







