'Counter setting’ masih jadi cabaran AKPS di pintu masuk negara

‘Counter setting’ masih jadi cabaran AKPS di pintu masuk negara

Mohd Shuhaily Mohd Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengakui belum dapat mengekang sepenuhnya aktiviti ‘counter setting’ yang berlaku di pintu masuk negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sehingga kini, pihaknya masih menerima risikan dan aduan mengenai kegiatan itu, namun sukar dibanteras kerana tiada bukti kukuh.

“Yang pasti, senarai mereka yang terlibat dalam ‘counter setting’ ataupun ‘flying passport’ ini masih belum menemui titik noktahnya.

“Percayalah bahawa saya dan pucuk pimpinan kementerian tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis amanat tahun baharu AKPS di sini hari ini.

Beliau turut mengakui kegiatan itu telah berlaku sejak sekian lama, malah boleh dikatakan sudah diamalkan sebagai satu budaya yang asalnya bermula sebagai tanda budi yang kemudiannya menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi kebergantungan.

“Sejak saya masuk polis pun kita dah tangkap berapa ramai orang dan ia masih lagi berlaku. Jadi, ia sudah sekian lama dan sudah menjadi satu budaya.

“Apabila sesuatu itu telah menjadi kebergantungan dalam kehidupan seseorang, untuk mengarahkan individu tersebut mengubah cara hidupnya bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Jadi, itulah cabaran besar kepada AKPS untuk memastikan warga kerjanya bebas daripada aktiviti itu.

“Apabila telah masuk ke dalam sebagai budaya, ia perlu dikikis dan sekiranya tidak dapat dilenyapkan sepenuhnya, maka ia mesti dikikis,” katanya.

Jelasnya lagi, sejak memimpin pasukan, agensi ini telah menahan 39 warga AKPS dan antaranya telah didakwa dan dikenakan tindakan tatatertib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN